Sunday, September 25, 2016

Langkah Pertama Sebagai Penterjemah

Pernahkah situasi berikut berlaku kepada kita?

           "Bagaimanakah mahu ditukar ayat ini kepada bahasa melayu? Don't go around the bush."

           "Awak senang? Boleh tolong terjemahkan karangan pendek ini kepada bahasa melayu?"

           "Ada masa terluang? Tolong terjemahkan surat rasmi ini. Saya sudah siapkan dalam bahasa inggeris. Bahasa melayu saya berkarat sedikit."

Selepas berfikir sejenak, adakah jawapannya:

            "Ya! Banyak kali!"

            "Adalah sekali sekala."

            "Seperti pernah berlaku. Namun, saya tidak ingat dengan terperinci."

            "Tidak pernah."

Sekiranya ya, walaupun sekali sekala, ini bermakna kita pernah menjadi penterjemah kepada sanak saudara, atau kenalan rapat, rakan sekolah, atau rakan sekerja yang meminta bantuan.

Adakah kita sering diminta oleh rakan untuk membantu menterjemahkan sesuatu karya? Adakah kita pernah menterjemah surat, cerita, esei atau sekadar ayat, frasa atau perkataan?

Apabila ramai yang meminta bantuan untuk menterjemah, terdetik di dalam hati, Adakah ini bakat saya? Menterjemah?

Ya. Itulah langkah pertama saya sebagai penterjemah.

Semuanya bermula sekitar awal tahun 2000.

---
Tim
3 Mac 2012

(gambar ihsan tuan Google)

No comments:

Post a Comment