Pernahkah kita bertanya soalan ini kepada diri sendiri?
"Saya mahu menjadi penterjemah. Bagaimanakah caranya?"
Ramai yang memikirkan yang mereka berbakat menjadi penterjemah.
Mungkin ya. Mungkin tidak.
"Saya mahu menjadi penterjemah. Bagaimanakah caranya?"
Ramai yang memikirkan yang mereka berbakat menjadi penterjemah.
Mungkin ya. Mungkin tidak.
Ada beberapa perkara yang perlu dikenal pasti sebelum memulakan langkah sebagai penterjemah.
1. Menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran.
Sebagai penterjemah, kita perlu pakar dalam sekurang-kurangnya dua bahasa. Sekiranya pakar dalam lebih dua bahasa, itu lebih baik!
"Saya belajar kedua bahasa itu sejak dari tadika lagi!"
"Saya bertutur menggunakan kedua bahasa itu pada setiap hari!"
"Saya boleh membaca karya yang ditulis dalam kedua bahasa itu!"
"Saya faham apa sahaja yang diperkatakan dalam kedua bahasa itu!"
Sekiranya mahu menjadi penterjemah, ia bukan sekadar mengetahui bahasa itu dari segi pertuturan, bacaan dan pendengaran.
Penterjemah perlu mengetahui setiap aspek ejaan, tatabahasa, dan nahu bahasa itu.
Bahasa sumber adalah bahasa asal si penterjemah. Sebagai contoh, sekiranya si penterjemah berbangsa melayu, sudah tentu bahasa asalnya adalah bahasa melayu. Jadi, sudah tentu individu ini pakar dalam menterjemah teks bahasa asing kepada bahasa melayu.
Ini adalah tanggapan yang popular. Namun, ada individu berbangsa melayu, bahasanya... tunggang langgang. Ada juga individu berbangsa melayu, yang lebih selesa berbahasa asing.
Saya ada mengenali beberapa individu yang bukan berbangsa Melayu, namun tahap penguasaan bahasa melayu mereka... cukup HEBAT!
Bahasa sasaran adalah bahasa hasil terjemahan. Sekiranya mahu menterjemah karya bahasa inggeris ke bahasa melayu, bahasa sasaran adalah bahasa melayu.
Sekiranya kita mahu menjadi penterjemah daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, kita perlu menguasai kedua-dua bahasa itu.
---
Tim
4 Mac 2012
No comments:
Post a Comment